Tiada Lagi Naik Van Jenazah Kalau Kantoi Tak Puasa

Setiap kali bulan Ramadan, ada sahaja pelbagai cerita dari bazar Ramadan, solat terawih dan tidak ketinggalan mengenai ‘geng plastik hitam’.

Seperti kita tahu, kebiasaannya individu yang ditangkap ponteng puasa akan dibawa menaiki van jenazah.

Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dilaporkan tidak akan lagi menggunakan van jenazah untuk menangkap umat Islam yang ponteng puasa.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Johor, Tosrin Jarvanti berkata, tindakan itu bagi menjaga aib dan air muka individu berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa.

Selain daripada itu, pihak JAINJ juga akan mengambil pendekatan dengan memberi khidmat nasihat kepada umat Islam yang ditahan.

Sementara itu, JAINJ berkata pihak mereka sudah mengenal pasti 15 lokasi ‘porat’ beli makanan di Johor Bahru dan Johor Bahru dan Kulai, termasuk restoran atau kedai makan yang berselindung atau guna pintu belakang.

SUMBER: Harian Metro