Ramai anak muda di luar sana ada yang merungut meskipun berpeluang untuk menuntut ilmu, hidup selesa di rumah dan makan ditanggung ibu bapa, namun ada remaja yang terpaksa bekerja di usia muda dan lebih menyedihkan tiada tempat berteduh.
Baru-baru ini, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell berkongsi kisah seorang remaja gelandangan yang meneruskan hidup dengan menjual barangan kitar semula.
Lebih sebak, ramaja bernama Shahril itu terpaksa keluar dari rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bermalam di sudut sebuah bangunan beralaskan kadbod.
Menurut Pakcik Shell, beliau terserempak dengan remaja itu ketika dalam perjalanan balik dari kerja dan bertanyakan apa yang sedang dilakukan olehnya.
Simpati dengan nasib remaja berkenaan, Pakcik Shell menawarkan kerja dan serta asrama buatnya berteduh dan mencari pendapatan.
Dalam perjalanan balik kerja terserempak dengan seorang adik. Bila pakcik tanya tengah buat apa, dia cakap kumpul barang kitar semula untuk dijual.
Bila pakcik tanya duduk kat mana, dia tunjuk ke satu sudut dinding bangunan di alas kadbod. Di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini.
Setiap hidup kita tentunya ada cabaran. Adik Shahril terpaksa keluar rumah setelah ibunya meninggal. Bila kita rasa susah, percayalah ada yang sedang diuji lebih dari kita.
#gengpakcikshell insyaAllah sudah dapatkan kerja kat stesen yang ada asrama untuk adik Shahril sebab dia cakap dia nak kerja.
Malam nanti kita bawa dia ke tempat kerja. Kita doakan tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya macam awak. We are sincerely run by Malaysians, for Malaysians.
SUMBER: Instagram