Tidur Dengan Suami Orang, Wanita Bimbang Si Isteri Viralkan Gambar

Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kisah rumah tangga diganggu penyondol sehingga ada yang sudah ‘tidur’ bersama.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna Twitter yang menerima mesej daripada seorang wanita yang mahu meminta pandangan mengenai situasinya.

Menerusi mesej yang dikirim, wanita itu mengakui pernah mempunyai hubungan sulit dan tidur bersama suami orang.

Namun, apa yang membimbangkan dirinya apabila isteri kepada suami tersebut mempunyai gambar mereka berdua dan khuatir jika ianya ditularkan.

Wanita itu bertanyakan, bolehkah dia bertindak mengambil tindakan undang-undang jika si isteri menularkan dirinya di media sosial.

Kata wanita itu lagi, dia dan kekasihnya itu sudah setengah tahun berpisah serta meminta mendapat bolehkah dia mahu saman si isteri jika perkara itu terjadi.

Seperti sudah disangka rata-rata netizen mengecam wanita berkenaan yang mahu menyaman si isteri selepas kantoi tidur dengan suaminya.

Dalam pada itu, ada yang memberi pendapat jika si isteri menularkan gambar tersebut wanita itu boleh membuat saman malu namun dia boleh disaman semula kerana menganggu keharmonian rumah tangga.