Hobi kami mahal – itulah antara kata-kata yang mungkin kita terfikir apabila melihatkan mereka yang menceburi bidang sukan basikal yang semakin hari semakin menjadi pilihan ini.
BACA: Inikah Punca Geng Basikal Dibenci Netizen, Pentingkan Diri Di Jalan Raya?
Bagaimanapun, sama seperti kebanyakan situasi di negara lain di luar sana, mereka yang berbasikal ini seringkali dianggap membahayakan ketika berada di atas jalan raya.
Namun sebenarnya tidaklah semua macam itu sebab ada juga yang masih membawa otak sekali ketika aktiviti riadah tersebut – cuma segelintir sahaja.
Baru-baru ini tular video seorang penunggang basikal wanita yang menukar laluan dengan cukup drastik dan lebih epik lagi – dia tidak menoleh sedikit pun sebelum berbuat demikian.
Kejadian yang dipercayai sempat dirakam di Putrajaya ini turut mengundang rasa kurang senang netizen.
Ternyata tindakan penunggang wanita berkenaan sememangnya mampu mengundang kemalangan namun dalam masa yang sama, perkara sebegini dapat dielakkan.
Semoga perkongsian video pendek ini mampu jadi peringatan buat mereka yang melalukan aktiviti sama di luar sana.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.