“Tindakan Akan diambil Jika Langgar SOP, Tidak Kira Siapa Termasuk Anak Saya”

Sejak Ahad lalu hangat diperkatakan mengenai program hiburan menghimpunkan 50 juri yang terdiri daripada kalangan artis menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen.

Malah, turut menjadi perhatian apabila anak kepada Menteri Kanan Keselamatan (MKN) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi turut menjadi salah seorang juri.

Susulan itu, penyanyi tersebut dikecam teruk oleh netizen yang menyifatkan dia sepatutnya memberi contoh yang baik sebagai anak menteri.

Memetik laporan MalaysiaKini, Datuk Seri Ismail Sabri berkata tidak ada sebarang double standard dan tindakan akan diambil jika melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah anaknya sendiri.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan siasatan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.”

“Tindakan akan diambil jika ada yang melanggar SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika itu anak saya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali, tiada sebarang kerta siasatan dibuka kerana program tersebut telah lama dirakam iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) sekitar Mac tempoh hari.

SUMBER: MalaysiaKini