Tinggal Sebulan Lagi Nak Kahwin, Netizen Nasihat Watie Pakai Sopan

Umum mengetahui, tinggal sebulan saja lagi pelawak Shuib Sepahtu dan tunangnya, Watie Hanifiah akan mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan.

Baru-baru ini, Watie dilihat ada memuat naik gambar dimana kapsyen dikongsikan menjadi perhatian ramai.

Menurut Watie, dia terpaksa memadam foto-foto lama kerana ‘dimarahi’ seseorang mungkin individu itu adalah Shuib kerana seksi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

“Satu bulan lagi. Masih caption yang sama. Gambar je kita kasi tukar, sebab ada yang marah,” tulisnya.

Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menitipkan nasihat buat usahawan itu supaya menjaga penampilan apatah lagi bakal bergelar isteri tidak lama lagi.

Sementara itu, ada yang memberikan nasihat supaya Watie tidak tampil seksi dan ramai yang memuji tunang Shuib itu dilihat semakin berseri-seri.