Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Sedih Penat Masak Lauk Tapi Dibuang

0
14004

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga bahagia tanpa campur tangan mana-mana pihak. Malah, mahu tinggal di rumah sendiri, apatah lagi pasti isteri tidak selesa tinggal serumah dengan mentua.

Namun, ada pasangan yang terpaksa tinggal dengan keluarga mentua atas faktor yang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi suami mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka.

Seperti yang dihadapi oleh seorang wanita ini, yang berdepan dugaan berat ketika duduk serumah dengan mentuanya.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, wanita itu memuat naik luahan sedih dan terkilan apabila lauk yang dimasaknya dibuang oleh mentuanya.

Merasakan masakannya tidak dihargai oleh ibu mentuanya, wanita bernama Dek Nana itu dilihat menangis sambil mengesat air matanya.

Wanita itu berkata selepas masak hidangan sayur untuk seisi keluarga, dia pergi mengambil wuduk untuk menunaikan solat.

Namun, sebaik sahaja keluar dari tanda, dia melihat periuk berisi sayur yang dimasaknya berada di dalam sinki. Lebih mengecewakan, sayur yang dimasaknya masih banyak lagi telah dibuang oleh mentuanya di belakang rumah.

Lebih meruntun hati, apabila mentuanya meminta anak perempuannya yang baru pulang dari kerja untuk memasak sayur lain.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang turut bersimpati dengan nasib menimpanya.

Malah, ramai yang memberi kata-kata semangat untuk terus kuat serta bersyukur kerana dikurniakan ibu mentua yang baik dan melayan mereka seperti anak kandung sendiri.

SUMBER: Says