Sejak minggu lalu, kes COVID-19 yang dicatatkan di negeri sabah semakin meningkat secara mendadak dari hari ke hari sekaligus menimbulkan kebimbangan. Malah, bantuan sukarelawan dan ramai frontiliners ke Sabah demi melawak wabak berkenaan.
Termasuklah wanita ini, Siti Nurjannah Abu Bakar yang merupakan seorang jururawat yang membuat keputusan sukar menawarkan diri berkhidmat di Sabah dan perlu meninggalkan lima orang anak dan suami demi berbakti untuk negara.
Menurutnya, ia bukan satu keputusan yang mudah apatah lagi perlu meninggalkan keluarga. Nurjannah turut kesal apabila ada yang menuduhnya mahu mengejar elaun semata-mata serta melabelkan dirinya seorang yang bodoh.
Meninggalkan anak 5 dan suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah…mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk berseronok..
Ya, memang ada mulut-mulut mengatakan aku BODOH sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai RED ZONE, ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak faham maksudnya.
Tapi aku tak kisah..bagi aku,tujuan aku pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang lain..selain aku dapat menimba pengalaman di tempat orang..ye la nak jadi askar, pegang senapang aku tak layak..jadi ini saja la bakti aku pada negara..melawan musuh yang tak nampak di mata.
Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra pada aku, membuatkan aku menangis..sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila berkaitan anak..
Meskipun bertugas sebagai frontliner namun Nurjannah akui bimbang jika dijangkiti wabak tersebut. Namun, tidak disangka-sangka selepas 18 hari berkhidmat, dia telah disahkan positif COVID-19.
Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah..aku disahkan positif Covid-19..Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi, yang aku takuti, terjadi jua….
Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka.. Namun menyesal tidak sekali..aku tau perancangan Allah lebih baik..Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-amam Allah uji aku.
Aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku..terima kasih pada keluarga, rakan, orang-orang atasan yang call dan wassup kata-kata semangat pada aku..sungguh sangat bererti doa kalian pada aku..
Namun, Nurjannah berkata dia reda di atas ketentuan Allah dan tidak menyesal dengan keputusannya untuk berkhidmat di Sabah. Ujarnya, dia kini berdoa agar segera sembuh supaya dapat bertemu semula dengan anak-anak serta keluarganya.