Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok oleh jenama anak tudung Innervalley yang mendakwa rekaan anak tudungnya ditiru oleh jenama terkenal, Lilit.
Menerusi video dikongsikan, Innervalley memaklumkan mereka terlebih dahulu mengeluarkan anak tudung berkenaan pada tahun 2019 dan dua hari lalu mendakwa jenama Lilit turut mengeluarkan anak tudung dengan rekaan yang sama.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang mengakui rekaan anak tudung tersebut sememangnya sama.
Bukan pertama kali menjadi buah mulut netizen, nama usahawan terkenal Vivy Yusof turut disebut di ruangan komen. Malah, ada yang mempersoalkan sampai bila jenama dUCk dan Lilit akan berterusan sebegini.
Menurut seorang netizen, Lilit merupakan jenama di bawah Fashion Valet milik Vivy Yusof. Kata netizen lagi, sudah beberapa kali Lilit terpalit dengan isu seperti ini. Tidak kurang juga ada yang menyeru supaya memboikot daripada membeli jenama berkenaan.
SUMBER: TikTok Innervalley