Setiap anak pasti mempunyai perangai mereka tersendiri yang hanya ibu bapa mereka sahaja yang tahu. Baru-baru ini, tular video seorang ibu meniru suara manja dan perangai anak gadisnya.
Menerusi video TikTok itu, seorang ibu bernama Mira Akfini Mohd Azlan cuba meniru perangai manja anak gadisnya, Arfah Ain Erzam, berusia 17 tahun.
Lebih lucu, ibunya turut melakonkan kelatah anaknya meminta kebenaran kononnya mahu keluar berjumpa dengan rakan sambil membuat suara manja. Melihat gelagat sempoi ibunya membuatkan gadis itu tidak berhenti ketawa.
@afanyomei HSHSHHSHS THIS IS SO ACCURATE 😭😭🤌🏻
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai yang memuji ibu gadis tersebut yang kelihatan sangat muda sehingga ada yang menyangkakan mereka berdua adik beradik.
Tidak kurang juga, ada yang tidak dapat membezakan yang mana satu ibu dan anak lebih-lebih lagi melihat ibunya yang sangat muda.
SUMBER: Tiktok