TMJ Dedah 136 Cubaan Godam Akaun Instagram Sepanjang Dua Hari

Sebut sahaja mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sememangnya rakyat Malaysia cukup mengenali baginda.

Malah, baginda tidak lokek berkongsikan aktiviti harian baginda di Instagram untuk tatapan umum. Bagaimanapun, baru-baru ini, TMJ mendakwa ada pihak cuba menggodam Instagram baginda.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, baginda berkata sebanyak 136 cubaan godam dilakukan oleh hacker sepanjang dua hari, namun gagal.

TMJ turut berkongsikan butiran penggodam yang menggunakan IP yang bertempat di China. Bedasarkan butiran tersebut, penggodam berkenaan melakukan ratusan percubaan untuk meneka kata laluan Instagram TMJ dimana setiap IP membuat empat percubaan.

Dalam entri tersebut, TMJ turut sertakan kapsyen menyatakan bahawa penggodam berkenaan cuba ‘hack’ orang yang salah.

Setakat ini, Instagram TMJ menggunanakn nama hrhcrownprinceofjohor mempunyai sebanyak 2.9 juta pengikut.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: The Vocket