Tuah Tangkap Peragut, Hero MBJB Ditawar Jawatan Tetap

Menerima pujian orang ramai serta menerima seutas jam tangan di atas tindakan beraninya menghentikan peragut sebelum ini, pegawai MBJB Shazrin Hafeez Fadzlan menerima penghargaaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Benar apa yang dikata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Selain menerima sijil penghargaan serta wang tunai RM1,000, Sazrin turut ditawarkan jawatan tetap Pembantu Kesihatan Awam U19.

Penghargaan itu disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB semalam.

Minggu lalu, tular rakamn video memaparkan Sazrin berjaya menghentikan peragut daripada meloloskan diri ketika sedang bertugas di Taman Mount Austin.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenayah terbabit yang menunggang sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa sedang melintas jalan.

Malah susulan kejadian tersebut, ramai yang menyerbu gerai burger yang diusahakan di Taman Johor Jaya sebagai tanda penghargaan atas tindakan pantasnya itu.