Selepas dua tahun menyambut raya dalam suasana pandemik, Hari Raya tahun ini sememangnya cukup meriah dan ramai tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah sanak saudara.
Namun, jika bertandang ke rumah orang pastikan jaga adab dan tingkah laku serta tidak melakukan perkara yang membuatkan tuan rumah marah.
Baru-baru ini, tular perkongsian video oleh seorang pengguan Twitter ini bernama Nurina yang berang apabila ada tetamu yang datang ke rumahnya membuang lampin terus ke dalam tong sampah yang belum diletakkan plastik.
Lebih membuatkan tuan rumah kecewa, lampin yang dibuang juga tidak berbalut dengan plastik dan dibuang di tong sampah yang berada di beranda rumah dan bukan di tandas.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut kesal dengan tindakaan ibu bapa tidak bertanggungjawab itu.
Kata netizen, jika mempunyai anak kecil perlu bersiap sedia semua barangan terutama plastik untuk membungkus lampin supaya tidak berbau jika dibuang di rumah orang lain.
Tidak kurang juga ada berharap tuan rumah tidak mengambil hati kerana sekurangnya tetamu itu membuang di dalam tong sampah kerana ada sesetengah ibu bapa hanya membiarkan sahaja lampin yang telah digunakan di tandas.
SUMBER: TikTok