Tukar Haluan Saat Akhir, Myvi Selamba Berlalu Pergi Lepas Rempuh Motosikal

Nampaknya Myvi buat hal lagi. Sejak semalam tular di media sosial sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai tular laluan secara tiba-tiba dan melarikan diri sebaik sahaja merempuah sebuah motosikal.

Menerusi video dikongsikan oleh Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadiah itu berlaku di Jalan Sungai Besi semalam pada jam 8.57 pagi.

Video tersebut memaparkan Myvi berwarna putih berkenaan berada di loron kanan bertindak menukar lorong secara tiba-tiba tanpa mengetahui ada sebuah motosikal mahu memasuki lorong kanan.

Myvi yang merempuh motosikal berkenaan dilihat berlalu pergi begitu sahaja. Penunggang motosikal dilihat terbaring di atas jalan dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain.

Tidak dapat dipastikan sama ada penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan parah kerana tiada maklumat lain diberikan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan sikap pemandu Myvi berkenaan yang tidak berhenti selepas merempuh penunggang motosikal berkenaan.

Malah, ramai berharap pihak berkuasa mengambil tindakan untuk mengesan pemandu Mvyi tersebut.

SUMBER: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS