Tular Mesej Dakwa Pil Covid Ada Cip Elektronik, Siap Boleh Kawal Minda

Hampir tiga tahun negara dilanda wabak Covid-19, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi membendung virus berkenaan termasuklah pengambilan vaksin.

Terbaru, ubat anti viral yang akan digunakan bagi merawat pesakit positif COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana yang diberi nama Paxlovid.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan pil tersebut disyorkan untuk orang dewasa serta individu yang berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pegganti kepada suntikan vaksinasi yang dijalankan ketika ini.

Bagaimanapun, sejak semalam tular di media sosial perbualan di aplikasi WhatsApp dimana ada yang mendakwa pil tersebut mempunyai cip pengesan yang akan menghantar signal sebaik sahaja memakannya.

Lebih lucu, mesej itu mendakwa sebaik sahaja masuk ke dalam badan hidup individu itu akan dikawal selamanya termasuk minda mereka.

Perbualan mesej yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang juga seorang doktor mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam pada itu, doktor dikenali sebagai Khairul Hafidz itu juga berkata ada sesetengah pil mengandungi sensor namun ianya untuk mengetahui adakah ubat yang dimakan itu telah dihadam oleh perut.

SUMBER: Twitter