Tular Suami Excited Kucup Ultrasound, Beberapa Hari Kemudian Isteri Disahkan Gugur

Baru-baru ini tular video di aplikasi Tiktok memaparkan seorang suami teruja bakal bergelar bapa dan mengucup berulang kali imbasan ultrasound anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, kegembiraan pasangan itu hanya sementara apabila beberapa hari kemudian isterinya, Nur Aisyah disahkan keguguran.

https://www.tiktok.com/@real.eycah/video/6913466556320107777

Menerusi satu perkongsian terbaru di TikTok, wanita itu memberitahu pada awalnya dia merasa tidak selesa di bahagian perut dan terus ke klinik untuk melakukan scan untuk melihat bayinya.

Ujarnya, ketika itu janin masih dalam keadaan sihat, namun keesokan harinya dia dikejarkan ke hospital kerana merasakan tidak selesa di bahagian perutnya dan berlaku pendarahan.

https://www.tiktok.com/@real.eycah/video/6914209763576286465

Lebih mendukacitakan, selepas melakukan ujian ultrasound doktor memaklumkan tiada lagi degupan jantung dikesan.

Meskipun hanya sempat hamil untuk seketika, namun ibu muda itu tetap cekal dan bersyukur di atas rezeki terindah itu.

SUMBER: TikTok