Tular Terminal Feri Kuala Perlis Sesak, Orang Ramai Langgar SOP

0
3958

Sejak semalam tular di media sosial beberapa foto di terminal jeti Kuala Perlis dimana ramai pelancong tempatan bersesak dan melanggar SOP apabila tiada penjarakan fizikal seperti mana yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan kesesakan itu berlaku disebabkan beberapa feri di sebelah pagi dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi terpaksa menunda perjalanan mereka di atas faktor air cetek.

Perkara itu sekaligus menyebabkan ratusan pengunjung beratur diluar berikutan orang ramai sudah memenuhi terminal yang sudah mencapai kapasiti maksimum.

Bagaimanapun memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata, pihaknya menghantar seramai 12 anggota keselamatan bagi mengawal keadaan di terminal berkenaan.

Ujarnya lagi, keadaan mula terkawal pada tengah hari apabila air mula pasang dan beberapa feri memulakan perjalanan.