Tular Video Mesra Berpelukan & Pegang Tangan, Tiz Zaqyah & Keith Foo Bercinta?

Baru-baru ini tular video di Instagram memaparkan kemesraan pelakon Tiz Zaqyah dan aktor, Keith Foo menjadi perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan, kelihatan kedua-dua pelakon itu berpegangan tangan malah berpelukan sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen mengenai status hubungan mereka.

Malah, video dikongsikan itu juga turut disunting mengikut trend terlanggar jodoh yang kini popular di TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ashakarim_

Diruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah kedua-dua mereka bercinta serta mengatakan Tiz dan Keith Foo dilihat sepadan.

Untuk rekod,  Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada Disember 2019.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond Foo kini berusia enam tahun.