Sejak Jumaat lalu, tular di laman Twitter satu rakaman video dashcam memaparkan dua anggota polis menahan sebuah kenderaan. Namun apa yang menjadi perhatian dua polis itu didakwa meminta wang sogokan.
Menerusi video tersebut kedengaran anggota terbabit mengarahkan penumpang kereta yang ditahan untuk berhenti merakam video menggunakan telefon.
Bagaimanapun, rakaman dashcam lengkap dengan audio itu jelas kedengaran anggota terbabit meminta RM100 dan meminta individu ditahan itu meminjam RM50 daripada rakannya jika tidak mempunyai wang yang cukup.
abende ni bro @PDRMsia ??? pic.twitter.com/aC2qd6gH7w
— Khairul Ridzwan (@khairidzwan) July 2, 2021
“Ada tak? Tadi kau cerita ada seratus, kau ni. Pinjam kawan kau dulu 50. Ini ada, kau ada?” katanya.
Hasil tinjauan, salah seorang pengguna Twitter berkata kejadian itu di kawasan Pelabuhan Klang, menghala ke Bandar Sultan Sulaiman.
Susulan video tular itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara telah mengeluarkan kenyataan akan membuka satu kertas siasatan dan pihak mereka sudah pun mengenal pasti anggota yang terbabit.
“Polis sudah mengenal pasti pelaku iaitu anggota yang terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadapnya.
“Polis menyeru supaya pemilik akaun atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi IPD Klang Utara untuk membantu siasatan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro, Twitter