Nampaknya ini berita baik buat mereka yang masih single dimana bersempena dengan Hari Kekasih yang akan tiba tidak lama lagi, Burger King akan bantu anda untuk redakan kesedihan dengan belanja burger ikonik mereka iaitu ‘Whooper.
Nak dapatkan burger mereka secara percuma mudah sahaja, anda perlu berikan sekeping gambar bekas kekasih anda dah boleh dapat burger ‘Whooper’ pada 14 Februari ini.
Difahamkan, promosi ini merupakan kerjasama dengan Warner Bro untuk mempromosikan filem DC terbaru iaitu “Birds of Prey” yang menampilkan Harley Quinn. Ianya juga untuk meraikan hari Anti-Valentine demi Harley Quinn.
“Untuk Hari Valentine, siapa perlukan Joker bila anda boleh dapatkan King?”
Bagaimanapun, rangkaian makanan segera itu hanya menyediakan ‘breakup boxed’ di beberapa lokasi di New York City, Los Angeles, San Francisco dan Boston sahaja.
Agak-agak kalau promosi ini berlangsung di Malaysia, ada tak yang sanggup tukarkan gambar bekas kekasih demi burger percuma?
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂