Turun Naik Balai Polis Kes Lawak Rogol, Ain Husniza Peroleh 7A Dalam SPM

0
6837

Pasti ramai mengenali pelajar sekolah menengah Ain Husniza yang tular tahun lalu selepas mendakwa seorang guru PJK membuat gurauan melampau tentang rogol.

Seperti diketahui, hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan dan Ain turut berkongsikan memperoleh keputusan cemerlang memperoleh sebanyak 7A.

Menerusi perkongsian di Twitter, remaja yang kini berusia 18 tahun itu mengakui berdepan tekanan selepas pendedahan tersebut namun dia mampu buktikan cemerlang dalam SPM.

Menurut Ain, disebabkan pendedahannya itu ada yang mengatakan pelajarannya tidak berkat serta ada yang mendoakan dia akan gagal dalam pelajaran.

Malah, Ain dikecam hebat sehingga terpaksa berpindah ke sebuah sekolah swasta di Cheras pada November lalu. Dalam perkongsiannya itu, Ain berjaya meraih 4A+, 3A dan 1B daripada 8 subjek keseluruhan.

Meskipun berdepan pelbagai dugaan, namun Ain percaya keputusan yang diperolehnya itu atas berkat daripada guru yang mengajarnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Ain mendedahkan bahawa guru PJK yang mengajarnya bergurau keterlaluan berhubung perbuatan rogol sehingga kedua-dua pihak saling berbalas saman.

Difahamkan, minggu lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan bagi menarik diri mewakili guru yang disaman balas Ain.

SUMBER: Twitter