Tutup Guna Emoji, Ini Panggilan Manja PU Riz Buat Neelofa

Nampaknya hari ini hangat diperkatakan mengenai kisah percintaan Pencetus Ummah (PU) Riz dan usahawan terkenal Neelofa. Semuanya gara-gara pendawah itu menghadiahkan sebuah buku tajwid buat Neelofa.

Malah, gambar buku tersebut turut dimuat naik oleh Neelofa di Instagram miliknya. Menerusi halaman pertama buku tersebut, PU Riz atau Haris Ismail telah menulis nota buat Neelofa.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah tindakan Neelofa menutup satu perkataan menggunakan emojo bunga.

Namun, disebalik emoji bunga itu tertulis huruf “Ha” dan “Ba” yang disambungkan menjadi ‘Hubun’. ‘Hubun’ adalah dalam bahasa Arab dan jika ia diterjemah, membawa maksud Love.

Perkara itu sekaligus membuatkan peminat tertanya-tanya adakah perkataan itu digunakan sebagai panggilan manja kepada Neelofa.

Menerusi perkongsian itu, Neelofa juga menulis agar Allah sentias memberkati kehidupan PU Riz. Mesti ramai tak sabar tengok PU Riz dan Neelofa bersatu.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.