Ucapan Tahniah Ahli Politik PAS Dikecam Sebab Tutup Lutut Beregu Negara

Sebelum kami memulakan kisah yang berlaku di laman sosial ini, terlebih dahulu kami nak ucapkan tahniah kepada beregu negara, Aaron Chia dan juga Soh Wooi Yik kerana telah merangkul pingat gangsa bagi acara badminton beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

BACA: Gembira Isteri Hamil Selepas 3 Tahun Kawin, Luluh Hati Suami Bila Dapat Tahu…

Namun salah satu tweet yang dikongsikan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang telah menarik minat netizen yang bingung dan keliru dengan tindakan pihak berkenaan yang berkongsikan gambar beregu tersebut dalam keadaan lutut mereka dikaburkan.

Perkara tersebut dilihat terus membuatkan netizen marah dan mempertikaikan keperluan gambar tersebut disunting sedemikian rupa.

Ada juga netizen yang menyatakan bahawa ahli politik berkenaan sebenarnya boleh menggunakan gambar lain yang tidak menunjukkan lutut bagi mengucapkan tahniah kepada beregu tersebut.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.