Ulas Insiden Kemalangan Dalam Loghat Negeri Sembilan, Netizen Terhibur Dengan Telatah Lelaki Ini

Walaupun kita peka setiap kali memandu dan tidak melanggar undang-undang jalan raya namun dek kerana sikap tidak beranggungjawab pemandu lain kita boleh menjadi mangsa kemalangan.

Seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi ramai yang sedang tentang kepentingan penggunaan dashcam lebih-lebih membantu untuk melihat semula rakaman jika berlakunya kemalangan.

Baru-baru ini tular video dashcam oleh pemilik @AzmarJohari90 memaparkan kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang melawan arus di satu jalan sehala dengan kereta Grab.

Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian netizen adalah suarat larat yang mengulas insiden berkenaan ternyata membuatkan netizen tak kering gusi dan terhibur.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1501557226364076034?

Sejurus melihat insiden itu, @amirjohari90 segera turun dari kenderaannya dan memberitahu kepada pemandu Grab bahawa kenderaannya telah dilanggar oleh motosikal itu.

Kemudian, pemandu Grab itu segera bertemu dengan penunggang motosikal berkenaan untuk bertanya tentang kejadian yang sudah berlaku.

 

Ujarnya, sekiranya penunggang itu tidak mengaku kesalahan, dia sedia memberi kerjasama dengan memberi rakaman daripada dashcam milik keretanya kepada pemandu Grab itu sebagai bahan bukti.

Dalam video itu, turut memaparkan selepas ditegur kesalahannya penunggang tersebut turut memohon maaf kepada pemandu Grab berkenaan sebelum meninggalkan tempat kejadian.

SUMBER: Twitter My_crimeWatch