Umpan Air Soya, Wanita Menggigil Anak 5 Tahun Cerita Dirogol Pakcik Sendiri

Hampir saban hari kita mendengar laporan berita kanak-kanak menjadi mangsa lempias nafsu lelaki bertopengkan syaitan. Lebih mengejutkan, kebanyakan kes berlaku dilakukan oleh orang dikenali terutama ahli keluarga sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung.

Baru-baru ini, aktivis terkenal Syed Azmi berkongsikan cerita ibu kepada dua anak perempuan berusia 13 dan 8 tahun. Kata wanita itu, masih segar diingatan apabila anak sulungnya yang ketika itu berusia 5 tahun dirogol oleh keluarga sendiri.

Menurutnya, ketika itu dia baru bersalinkan anak kedua dan suatu hari anak sulungnya bertanyakan tentang pakciknya. Namun segalanya terbongkar apabila anaknya itu menjerit sakit ketika mandi dan di mulutnya ada kesan luka.

“Salah saya semuanya!!!Kakak 5 tahun masa tu saya bersalinkan adiknya, jadi saya ada baby untuk di jaga 24 jam, saya lepaskan dia main ada masa-masa tertentu, tapi yang menjadi pelik dan tanda tanya dihati bila kakak bertanya…ibu, Pak Andak tu baik ke? saya jawab…baiklah dia kan saudara kita..kenapa kak?? Dia diam..saya berasa tak sedap hati dua tiga hari.

“Sehinggalah semuanya terbongkar kakak menjerit sakit, pedih ketika saya mandi dengan dia, di mulut ada kesan luka. Ya Allah!!! saya memang syak n betul tekaan saya, saya peluk anak dan pujuk tanya perlahan-lahan. Dia bagi tahu dan betul orang tu yang rogol dia tuan.

Wanita itu berkata sebaik sahaja anaknya menceritakan telah dirogol oleh bapa saudaranya, dia terus membuat laporan polis, namun sehingga hari ini tiada maklum balas diberikan.

“Saya menangis sekuat hati saya dan sampai ketika ini, saat saya menaip pada tuan air mata saya tanpa henti mengalir. Yang sedihnya bukan anak saya seorang tapi 3 orang termasuk dia. Hari tu juga saya buat report polis dan sehari juga saya di balai tapi kes senyap macam tu je.

“Masalah utama saya sekarang, saya yang jadi trauma dan stress setiap kali melihat perogol lalu di depan rumah, kena tangkap sekejap je dan lepas. Betul lepas report tu saya dan anak berpindah (suami stay rumah kami), saya stay di rumah mama selama 9 bulan, akan tetapi lama kelamaan anak saya hari-hari mnangis rindukan ayahnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, wanita itu mendedahkan taktik licik digunakan lelaki durjana itu untuk mengumpan mangsa dengan memberikan air soya yang dicampur dengan ubat.

Lebih sebak, wanita itu berkata ketika kejadian berlaku anaknya memberitahu ada memanggilnya namun tidak didengari. Malah, doktor juga turut mengesahkan perkara itu.

“Saya benci air soya, .saya tak boleh tengok, dia umpan anak saya air soya dalam botol yang RM1 masa tu dan letak ubat. Anak cerita dia main kat taman cantik sangat, ada rabbit ada macam-macam mainan cantik-cantik padahal saya tau semuanya khayalan dia. Kakak cakap, kakak panggil ibu masa tu, tapi ibu tak dengar. Saya tak boleh lupa sampai mati ayat ni.

“Di manakah saya saat anak dirogol? Saya tak pasti berapa kali, sebab dia tak beritahu tak pandai cerita masa tu, bila ditanya berulang kali, kakak cakap kakak tipu ibu je, kemaluan kakak kena kayu sebab tu sakit, padahal doktor dah sahkan. Allah, memang saya dikecam hebat oleh sedara mara masa tu. Diorang mesej bertalu-talu kalau tak salah kenapa kena lari? nampak awak yg salah,” kongsinya.

SUMBER: Facebook Syed Azmi