Setiap wanita pasti impikan suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Tidak semua mahukan kekayaan namun cukuplah jika suami itu pandai menjaga hati isteri.
Seperti kisah seorang wanita bernama @niesaregae yang berkongsikan video menerima kejutan daripada suaminya ketika mereka keluar bersama.
Melihatkan video tersebut, suaminya melakukan kejutan dengan meletakkan hadiah bersama bunga mawar di bonet kereta.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian rata-rata netizen terutama wanita memuji wanita berkenaan yang tidak kisahh menaiki kereta lama bersama suaminya.
Diruangan komen netizen mengagumi dengan layanan suami wanita itu yang berusaha untuk membahagiakan dan gembirakan isterinya.
Tidak kurang juga, rata-rata netizen turut tertumpu pada barang kemas isterinya. Kata netizen meskipun kereta buruk namun isteri penuh dengan emas dan bahagia.
Ujar netizen lagi, kereta lawa ataupun baru belum tentu menjanjikan kebahagiaan serta mengatakan beruntung si isteri kerana suaminya sentiasa menghargai.
SUMBER: TikTok niesaragae