Ustaz Kazim Keluar Lagu Salawat 1442 Bersama Tuju K-Clique & Tyco

0
8279

Bermula hanya sekadar gurauan, kini Datuk Ustaz Kazim Elias sudah berkolaborasi bersama Tuju K-Clique & Tyco dalam sebuah lagu bertema ketuhanan berjudul Salawat 1442. Menurut Ustaz Kazim, semuanya bermula daripada pertemuan beliau bersama Datuk Norman Abdul Halim.

BACA: Bila Diri Terasa Seperti Tuhan, Individu Dakwa Selebriti ‘Mati Katak’

Memetik laporan mStar Online, tujuan asal Ustaz Kazim berjumpa Norman adalah untuk berbincang mengenai perkara lain dan disulami dengan gurauan.

“Mulanya saya berjumpa dengan Norman untuk pembangunan sekolah yang dia nak buat… lepas itu saja bergurau minta dia buat satu lagu. Tak sangka, dia buat betul-betul”

“Pada awalnya saya gemuruh juga sebab mana saya tahu nak nyanyi dengan betul. Bila menyanyi ini kekoklah sikit,” jelasnya kepada portal berita tersebut.

Sementara itu, bagi Tuju K-Clique, apa yang disampaikannya melalui lirik dalam lagu tersebut adalah kisah perjalanan hidupnya yang berusaha menjadi lebih baik.

Anda sudah tengok ke belum gandingan 3 suara hebat ini?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.