Ustazah Asma’ Tegur Guru Wanita Pakai Baju Ketat Sangat, Anak Murid Dah Baligh

0
29792

Peranan guru bukan sahaja sebagai pengajar sahaja tetapi mereka juga bertindak sebagai pendidik yang membentuk akhlak dan jatidiri para pelajar.

Namun, seiring dengan zaman dan fesyen dapat dilihat penampilan guru juga tidak sama seperti dahulu. Kini guru dilihat lebih bergaya namun masih menutup aurat.

Bagaimanapun, ada juga guru-guru wanita dilihat agak mencolok mata apabila berpakaian sendat dan ketat. Malah, tudung pula singkat sehingga atas dada.

Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun dalam sebuah ceramah bertajuk ‘Guru: Antara Kerjaya dan Keluarga’ tampil memberikan teguran.

Sempat memohon maaf terlebih dahulu di atas tergurannya itu, Ustazah Asma menegur guru wanita yang hadir ke sekolah dengan solekan yang tebal serta berpakaian kurang sopan.

 

Katanya lagi, pemakaian sebegitu bukan sahaja menjatuhkan maruah sebagai guru tetapi turut menggangu pelajar lelaki yang sudah baligh.

Perkongsian Ustaz Asma itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan teguran tersebut. Malah, ada yang mencadangkan agar guru diberikan pakaian seragam.

 

Tidak kurang juga, ada segelintir guru turut memberikan pendapat mereka mengakui memang ada guru berkaian keterlaluan dan tidak sesuai dipakai ke sekolah.

SUMBER: Kisah Dunia