Ustazah Gesa Drama Suamiku Lelaki Pendosa Diboikot, Ini Jawapan Pengarah Terkenal

0
36766

Pasti ramai tahu drama berjudul Suamiku Lelaki Pendosa yang kini sedang hangat disiarkan di kaca televisyen. Drama tersebut mengisahkan tentang percintaan kaum sejenis atau homoseksual.

Drama tersebut menjadi bualan ramai termasuk seorang ustazah yang dikenali dengan nama Ustazah Asmak Husin yang berpendapat drama tersebut berunsur negatif dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Malah, ustazah itu mendakwa drama tersebut akan memberi pengaruh tidak baik terhadap pemikiran kanak-kanak yang menonton.

Ujarnya lagi, dia memahami drama itu memaparkan realiti sebenar kehidupan dalam masa sama untuk memberi kesedaran tentang itu tersebut, namun babak bercinta antara gay itu tular dan mendapat sambutan.

Ustazah itu turut memberi pendapat pihak media dan influencer perlu bekerjasama dengan memberi kesedaran mengenai normalisasi LGBTQ kepada pengikut masing-masing di media sosial.

Perkongsian ustazah itu turut mendapat perhatian pengarah terkenal Shahrulezad yang tampil memberikan respon mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, drama tersebut bukan hanya drama semata-mata tetapi ada pengajaran dan boleh dijadikan iktibar kepada penonton.

Ujarya lagi, kita sudah masuk tahun 2022 dan perlu berani berdepan dengan sesuatu masalah dengan lebih terbuka.

Pengarah drama Nur itu juga tidak memahami mengapa masyarakat cukup takut untuk berdepan dengan realiti kehidupan sedangkan golongan LGBTQ sememangnya ada dalam golongan masyarakat kita termasuk dikalangan orang alim.

“Kadang2 abam tak faham kenapa masyarakat kita takut sangat nak berdepan dengan realiti hidup. Suka atau tak memang golongan LGBTQ tu ada dalam masyarakat. Di kalangan org org alim masjid pun ada.

“Ustaz ustaz pondok tahfiz pun makin ramai. Apatah lagi dikalangan politician pemimpin bagai. So suka atau tak we need to talk about this dengan tenang dah objective,” tulisnya.

Jelasnya lagi, tidak semestinya drama yang dipaparkan akan menjadi ikutan dan pengaruh buruk sedangkan banyak platform media sosial diluar sana boleh diekses dengan mudah kenapa tidak diboikot juga.

“Ustazah tahu tak content berupa tu berlambak lambak boleh diakses dengan mudah oleh anak anak tanpa pantauan?

“Even dalam FB yg ustazah gunakan untuk mendesak boikot ni pun macam macam cerita klip video pasal LGBTQ tu bersepah sepah setazah. Tinggal nak search aje. Tu tak nak boikot sekali ker?”

Dalam pada itu, Shahrulezad turut meminta orang ramai supaya bersikap lebih terbuka dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bukannya menyatalahkan media.

“Anyway boleh tak kita jangan terlalu insecure sangat dengan iman dan underestimate akal kita dalam berfikir. Mak bapak kena main peranan sama dalam mendidik bukannya serahkan pada media. Ni masalahnya bila mak bapak yg panik tengok content sebegini keluar terus dia hentam dan suruh boikot.

“Lagipun dalam dunia ni Allah bukan ciptakan hanya untuk dihuni oleh golongan alim alim beriman saja. Allah jugak ciptakan ada banyak jenis golongan lain seperti LGBT, penagih dadah, perompak, pemakan rasuah, pedophile dan sebagainya,” tulisnya.

SUMBER: Facebook Shahrulezad