Vaksin Sinovac Punca KJ Makin Fasih Bahasa Mandarin?

Umum mengetahui sebelum ini para frontliners menerima vaksin Pfizer. Bagaimanapun, semalam YB Khairy Jamaluddin merupakan individu pertama menerima vaksin berbeza iaitu Sinovac.

Sejak kerajaan mengumumkan penggunaan vaksin Sinovac, rata-rata rakyat meluahkan rasa ragu-ragu apatah lagi vaksin itu merupakan keluarga negara China.

Tidak menunggu panjang, Khairy atau lebih mesra disapa KJ tampil dengan video terbaru untuk berkongsikan kesan selepas disuntik vaksin Sinovac.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai jenaka yang diselit dalam video tersebut apabila KJ dilihat petah berbahasa Mandarin serta menyeru orang ramai mendapatkan vaksin Sinovac yang disahkan selamat.

Rata-rata netizen terhibur dengan cara KJ menyampai mesej saranan tersebut. Tidak kurang juga ada yang berseloroh mereka mahukan vaksin Pfizer supaya fasih berbahasa Inggeris.

Untuk pengetahuan anda, vaksin Sinovac telah terbukti selamat dan berkesan untuk mencegah penyakit COVID-19 dan telah digunakan di 27 buah negara seperti China, UAE, Indonesia, Turki dan Brazil melibatkan lebih 60 juta dos.