Video Bayi Nak Termuntah Selepas Cium Mulut Ayah Ini Buat Netizen Terhibur?

Tidak ada perkara yang lebih bermakna daripada diberi kesempatan meluangkan masa dengan keluarga. Dalam satu video yang viral di TikTok baru-baru ini, satu situasi lucu dikongsikan di antara ayah dan juga seorang anak.

BACA: Video Pendek Pesanan Ayah Kepada Menantu Ini Menyentuh Jiwa & Emosi Netizen

Semuanya bermula apabila si ayah mencium mulut anaknya namun reaksi si anak yang tidak disangka-sangka itu yang mengundang ketawa.

Tidak tahulah apa jenis bau yang dihirupnya sehingga bayi berkenaan bertindak seolah-oleh ingin termuntah.

Kami ingatkan sekali saja ayahnya cium tapi rupanya dua kali. Tapi kali kedua pun, bayi tersebut masih ingin termuntah. Di saat ini, kami mula mempertikaikan apakah makanan yang ayah dia makan sebelum ini.

Semoga perkongsian video ini mampu mengubat sedikit resah anda jika hari ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Hari ini bersesak-sesak, bangkit lagi semula untuk hari esok yang lebih baik.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.