Video Driver Mabuk Tapi Kemunculan Abang Tuala Biru Timbul Persoalan Netizen

Boleh dikatakan hampir setiap hari pasti ada sahaja berita berlakunya kemalangan jalan raya dan tiada siapa dapat menjangka apa yang akan jadi ketika kita memandu.

Baru-baru ini, tular video di laman Twitter memaparkan sekumpulan lelaki menaiki motosikal sedang menahan sebuah kereta Mazda yang dikatakan melanggar sesuatu di jalan raya. 

Dalam video berkenaan kelihatan beberapa penunggang motosikal itu cuba meminta pemandu untuk keluar daripada kereta tersebut dengan mengetuk tingkap.

Bagaimanapun, disebalik kekecohan yang berlaku apa yang menjadi perhatian adalah penampakan seorang lelaki yang bertuala biru yang berada di lokasi berkenaan.

Diruangan komen, rata-rata netizenmempersoalkan dari mana datangnya lelaki bertuala biru itu serta ada yang berseloroh mana satu yang mabuk sama ada yang didalam kereta atau yang bertuala itu.

Kelihatan lelaki bertuala biru sedang bertanya kepada sekumpulan lelaki motosikal tersebut tentang apa yang berlaku.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak diketahui kesahihan serta maklumat mengenai kejadian tersebut.

Malah, rata-rata netizen terhibur dengan situasi tersebut serta ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan abang bertuala biru itu.