Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media dan penggiat seni.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dihadiri lebih 1,000 hadirin.
Sementara itu, perkongsian pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi perhatian ramai apabila turut berkongsikan momen bertemu dengan Perdana Menteri.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, berlaku kejadian mencuit hati apabila Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy yang tidak perasan dengan kehadiran PMX dibelakangnya sehingga terlanggar secara tidak sengaja.
Kelihatan dalam video Lizzy berundur kebelakang sehingga terlanggar Anwar yang sedang beramah mesra dengan penggiat seni lain.
Diruangan komen Instagram Lizzy, ada yang kurang senang sehingga meminta penyanyi itu memadam video berkenaan kerana bimbang akan dijadikan bahan politik.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa disebabkan video tersebut Perdana Menteri difitnah serta memburukkan imej PMX.
Malah, ada yang mengatakan tidak sopan Lizzy buat sedemikian serta menjaga tertib meskipun teruja berjumpa dengan Perdana Menteri.
Namun, ada yang mempertahankan selebriti itu mengatakan Lizzy tidak perasan Anwar hendak bersalam dengan orang yang berada di situ.
Apa pun jika dilihat pada video, insiden yang berlaku itu tidak disengajakan dan netizen pun tidak perlu la memfitnah mahupun menuduh sesiapa dalam hal ini.