Video Jacky Interview Zizan Bikin Pecah Perut, Soalan Random Belaka

Umum mengetahui filem lakonan Zizan Razak iaitu Polis Evo 3 bakal ditayangkan di pawagam pada 25 Mei ini dan pasti ramai tidak sabar untuk menonton.

Baru-baru ini, tular video lelaki bernama Jacky yang sempat menemu bual Zizan berkenaan filem tersebut.

Namun, apa yang menghiburkan netizen adalah soalan random yang ditanya oleh lelaki itu pada Zizan. 

Pada awalnya kedengaran, Jacky bertanyakan bilakah filem Polis Evo 3 itu akan ditayangkan di pawagam. Soalan itu dijawab oleh Zizan pada 23 Mei ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Oh! Media (@ohmedia)

Lebih lucu apabila Jacky bertanyakan semula pada Zizan cerita apa yang akan ditayangkan nanti. 

Malah, Jacky turut bertanyakan pada Zizan adakah dia berasal dari Terengganu, pelakon itu mengiyakan serta mengatakan dia juga berasal dari negeri Pantai Timur itu.

Apa yang membuatkan netizen pecah perut apabila Zizan meminta Jacky bertanyakan soalan lain, namun soalannya memang random apabila bertanya sama ada pelakon itu sudah makan atau belum.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan soalan Jacky itu yang spontan.

Malah, ramai yang memuji Zizan yang sporting melayan soalan tersebut dan dilihat tetap profesional.

Difahamkan, Jacky agak dikenali dalam kalangan warga Kuantan, Pahang yang popular dengan ayat ‘sting aku yahuuu’.

SUMBER: IG Ohmedia