Video ‘Jatuh Bot’ Viral, Wartawan TV3 Dedah Kisah Abe Ajis

Pasti ramai masih ingat lagi video tular dua tahun lalu memaparkan Jurukamera TV3, Haji Abd Aziz Abdullah terjatuh bot ketika membuat tinjauan banjir di Terengganu.

Malah, ramai terhibur dengan reaksi wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah yang terkejut dan bercakap dalam loghat Terengganu sehingga ada yang menghasilkan parodi.

Namun, video tersebut kembali menjadi perhatian ramai apabila seorang Mat Saleh turut membuat parodi tersebut. Video itu turut mendapat perhatian wartatan berkenaan yang berkongsikan di laman Twitternya.

Menerusi entri itu, wartawan berkenaan turut berkongsikan mengenai jurukamera TV3, Haji Aziz Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Ajis yang bakal bersara pada 18 Jun ini selepas 26 tahun berkhidmat.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan selamat bersara buat Abg Ajis. Malah ada di antara netizen mahu wajah Abe Ajis.

Menurut Mohd Ishak, Abe Ajis akan membuat kemunculan pada 18 Jun ini. Sama-sama kita nantikan nanti dan selamat bersara diucapkan kepada Haji Aziz Abdullah.