Video Ketukan Misteri & Gambar Ini Bakal Buat Bulu Roma Anda Meremang

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan apabila penduduk kampung di Taman Air Manis, Sabak Bernam berdepan kejadian misteri seperti bunyi pelik barang dilemparkan dan pintu diketuk sedangkan tiada orang.

Malah, tular satu video berjaya di rakam dengan jelas sekali apabila kedengaran kuat ketukan di pintu di salah sebuah rumah kampung tersebut tetapi apabila pintu dibuka tiada sesiapa di luar.

Kejadian serupa turut dilaporkan, apabila satu keluarga menyaksikan jeriji pintu dapur mereka digoncang selama 30 saat sehingga terbuka.

Terbaru, ada perkara aneh turut terjadi apabila penduduk mendakwa ternampak ‘pontianak’ berdekatan pokok kelapa di Kampung Baharu pada Ahad lalu.

Kelibat ‘pontianak’ itu dikatakan muncul berlaku kira-kira jam 12 pagi ketika sekumpulan penduduk bersama seorang pakar paranormal bernama Mie, sedang melakukan rondaan di kampung.

Satu foto berjaya dirakam memaparkan makhluk itu sedang berdiri di hutan. Selain itu, penduduk juga mendakwa bahawa mereka ada terhidu bau busuk, kemenyan menunjukkan adanya makhluk ghaib.

Terdahulu, menerusi Harian Metro, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh mengatakan bahawa dia menerima tiga aduan mengenai ketukan di pintu rumah hanya masa satu hari.

“Gangguan ketukan pintu yang berlaku di taman perumahan ini berlaku sejak 19 November lalu. Aduan yang diterima ketika itu sebanyak enam (aduan) dan ia menjadi jumlah keseluruhan sebanyak sembilan aduan.

“Untuk itu, kami kerap melakukan rondaan untuk memastikan keamanan dan keselamatan penduduk taman perumahan ini terjamin.

“Surau taman perumahan ini akan mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat dalam tempoh terdekat. Sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga gangguan ini segera berakhir,” katanya.