Video Lelaki Dewasa Takut Anjing Besar Sampai Naik Atas Kereta Buat Netizen Terhibur

Jika terlihat anjing liar berkeliaran, sudah pasti ada yang takut apatah lagi sebelum ini ada kes haiwan berkenaan mengigit dan mengejar manusia.

Malah, setiap kali melihat haiwan berkenaan kita akan cuba tidak mendekatinya. Seperti video tular di TikTok ini, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terserempak dengan anjing baka Husky di sebuah kawasan perumahan.

Melihatkan video tersebut, anjing berkenaan dipercayai sedang berjalan bebas tanpa pemiliknya kerana memakai kolar haiwan.

Dek kerana takut dengan anjing tersebut, lelaki berkenaan terpaksa melompat di atas sebuah kereta demi menyelamatkan dirinya.

@.suhayl57

Kecut teloqqq #fypシ゚viral #fyp

♬ Panik Gak Panik Lah – Tiktokmusic

Aksi lelaki tersebut yang duduk mencangkung sambil memakai helmet sempat dirakam oleh pemandu kereta berkenaan yang terhibur dengan gelagat lelaki itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang terhibur. Dalam pada itu ada yang mengatakan tidak perlu takut kerana Husky adalah anjing yang jinak.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan nasib baik lelaki tersebut tidak naik sampai ke bumbung kereta serta meminta jangan bernafas kerana bimbang boleh dikesan oleh anjing tersebut.

SUMBER: TikTok