Tidak dinafikan kini aplikasi TikTok antara yang paling trending dan menjadi pilihan ramai. Malah, pelbagai konten menarik dikongsikan di aplikasi tersebut.
Setiap kali ‘trend’ baru muncul, pasti akan dimuat naik di TikTok dan akhirnya menjadi ikutan ramai. Sejak akhir-akhir ini pasti ramai tahu hangat dengan video trend di dalam kereta dan akan bertukar memakai selendang.
Seorang pengguna TikTok menggunakan nama @azlienalegacy turut melakukan video berkenaan. Apa yang pasti, ramai yang terhibur dengan reaksi comel kanak-kanak itu yang pelik melihat melihat kedua ibu bapanya.
@azliena.azizDia tak sedar ke dia pun berubah😆##tiktokmalaysia ##numigang ##numiskincare
Bagaimanapun, disebalik ramai yang memuji aksi comel kanak-kanak berkenaan, ada segelintir netizen meluahkan rasa bimbang kerana kanak-kanak itu tidak diletakkan di kerusi bayi.
Tidak kurang juga, ada yang tidak bersetuju dengan konten video seperti ini yang boleh membahayakan nyawa kerana kemalangan boleh berlaku tanpa dijangka.
Seorang netizen turut berkongsikan pengalaman dimana berlaku kemalangan dan anak berusia setahun mengalami pendarahan otak. Difahamkan, anak diletakkan di kerusi hadapan tanpa kerusi bayi.
Aku pernah jumpa sendiri kes di zon merah, budak umur setahun dpt pendarahan otak, koma, kami terpaksa masukkan tiub pernafasan. Ayah letak di kerusi depan tanpa carseat. Kemalangan. Si ayah menangis teresak-esak salahkan diri sendiri sampai tak mampu nak berdiri.
Beringatlah. https://t.co/I5nLHFvlhG
— Amirul Azhar (@amirullazharrr) April 11, 2021
Nampak macam lawak tapi agak merbahaya. From experience, the hand is not enough to safe the baby in an impact. https://t.co/SFJRL06TpC
— the hidden red lion ☀️ (@soulbeast44) April 11, 2021
Melihatkan video tersebut, tidak dinafikan kanak-kanak berkenaan sememangnya sangat comel namun ianya membahayakan nyawa. Adakah kita sanggup perjudikan keselamatan anak untuk konten semata-mata?