Video Nampak Comel Tapi Perjudi Keselamatan Anak?

Tidak dinafikan kini aplikasi TikTok antara yang paling trending dan menjadi pilihan ramai. Malah, pelbagai konten menarik dikongsikan di aplikasi tersebut.

Setiap kali ‘trend’ baru muncul, pasti akan dimuat naik di TikTok dan akhirnya menjadi ikutan ramai. Sejak akhir-akhir ini pasti ramai tahu hangat dengan video trend di dalam kereta dan akan bertukar memakai selendang.

Seorang pengguna TikTok menggunakan nama @azlienalegacy turut melakukan video berkenaan. Apa yang pasti, ramai yang terhibur dengan reaksi comel kanak-kanak itu yang pelik melihat melihat kedua ibu bapanya.

@azliena.azizDia tak sedar ke dia pun berubah😆##tiktokmalaysia ##numigang ##numiskincare

♬ original sound – Ieyna Aziz

Bagaimanapun, disebalik ramai yang memuji aksi comel kanak-kanak berkenaan, ada segelintir netizen meluahkan rasa bimbang kerana kanak-kanak itu tidak diletakkan di kerusi bayi.

Tidak kurang juga, ada yang tidak bersetuju dengan konten video seperti ini yang boleh membahayakan nyawa kerana kemalangan boleh berlaku tanpa dijangka.

Seorang netizen turut berkongsikan pengalaman dimana berlaku kemalangan dan anak berusia setahun mengalami pendarahan otak. Difahamkan, anak diletakkan di kerusi hadapan tanpa kerusi bayi.

Melihatkan video tersebut, tidak dinafikan kanak-kanak berkenaan sememangnya sangat comel namun ianya membahayakan nyawa. Adakah kita sanggup perjudikan keselamatan anak untuk konten semata-mata?