Video Pendek Budak Kira Duit Gaji Sebab Nak Beli Mi Segera Untuk Mak Ini Undang Rasa Sebak

Disaat kanak-kanak lain sedang sibuk bermain namun tidak bagi kanak-kanak di Indonesia ini yang terpaksa melupakan zaman kanak-kanaknya dengan bekerja demi menampung kehidupan seharian.

Kanak-kanak itu mengecat wajah dan badannya dengan warna silver dipercayai untuk mendapatkan wang. Menerusi satu video tular, kanak-kanak berkenaan yang tidak berkasut terus menuju ke bahagian menjual makanan segera.

Mungkin sedih melihat keadaan kanak-kanak itu salah seorang pelanggan di kedai tersebut mendekatinya dan membelikan ais krim buat kanak-kanak berkenaan.

@yenytanmc

Mau beli mie buat mama 🥺 @chelsea.mandas #karenaakuseorangibu #manusiasilver #semangat #bersyukur #blessedtobeablessing

♬ Berjuang Demi Kowe – Dwi Putra

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak itu tersenyum gembira menerima hadiah itu serta mengucapkan terima kasih kepada si pemberi.

Dalam perbualan tersebut, kanak-kanak itu memberitahu mahu membeli mi segera buat ibu di rumah. Lebih membuat sebak, kanak-kanak itu mengeluarkan wang dan mengira di atas lantai sambil diperhatikan oleh seorang pekerja di kedai serbaneka itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tersentuh melihat kanak-kanak berkenaan serta mendoakan diberi kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki.

SUMBER: SiakapKeli