Video Pendek Comel Pasal Kereta Ini Bukti Isteri Tak Pernah Salah

0
8631

Kehidupan berkeluarga sememangnya indah. Isteri sayangkan suami dan suami lagi sayang pada isteri. Tak dinafikan, semakin lama bersama pasangan, semakin kita ‘masak’ dengan perangai masing-masing.

BACA: Gara-Gara Minta Gambar Tasik Dari Doktor Amalina, Nasib Suami Ini Menjadi Persoalan Netizen

Seringkali juga isteri terpalit dengan pepatah moden – isteri tak pernah salah dan sebagai suami, senjata terbaik untuk berhadapan dengan situasi sebegini, seeloknya diam sajalah.

Melihatkan video pendek di bawah ini, tergelak jugak kami sebab turut pernah mengalami situasi sama. Malu tidak usah cakaplah tapi nak buat macam mana, tiada siapa nak dipersalahkan.

Dalam video pendek ini, kelihatan sepasang suami isteri sedang kebingungan mungkin kerana kunci pintu mereka tidak terbuka sedangkan kunci alarm sudah ditekan beberapa kali.

Sedar dengan situasi tersebut, perakam terbabit memandu secara perlahan-lahan dan memaklumkan perkara sebenar. Kereta yang mereka tunggu untuk terbuki kuncinya itu adalah kereta orang lain yang serupa dan sebiji sama.

Sedangkan kereta sebenar terletak selang sebuah dari kereta yang mereka tunggu. Namun tatkala tersedar, si isteri terlihat seperti menyalahkan suami pula. Suaminya bagus, sentiasa setia memayungi isterinya yang tercinta.

Situasi pasangan tersebut ternyata membuatkan warga internet terhibur selain menyifatkan pasangan ini terlalu comel. Selain itu juga ada yang berkongsikan kisah salah masuk kereta yang lebih kurang sama macam situasi pasangan tersebut.