Video Perjalanan Turun Berat Badan Khairulaming Buat Netizen Sebak, Semua Mahu Sihat

Sebut sahaja nama Khairul Aming, sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang menyelerakan.

Namun, baru-baru ini ramai yang kagum melihat perubahan fizikal Khairulaming yang berjaya menurunkan berat badannya daripada 105kg turun ke 95kg.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Khairulaming berkongsikan video perjalanannya menurunkan berat badan bermula 1 Januari sehingga Disember 2020.

Menurutnya, doktor menasihatkan supaya menurunkan berat badan berikutan kadar kolestrolnya sangat tinggi.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak menonton perkongsian perjalanan Khairulaming untuk menurunkan berat badan dan menjadikan ia sebagai inspirasi untuk mereka turut sama mengamalkan gaya hidup sihat.

Malah, netizen turut kagum dengan kegigihan dan keazamannya yang tinggi untuk menurunkan berat badan serta turut gembira kerana ianya membuahkan hasil.

Difahamkan, baru-baru ini, pemuda berusia 27 tahun itu turut membuka satu lagi akaun Instagram @amingnaksihat untuk berkongsi perjalanan ‘diet’ yang diamalkan untuk kehidupan lebih sihat.