Video Shera Aiyob ‘Support’ Suami Terlebih Ini Buat Kaum Lelaki Kurang Senang

0
12858

Setiap lelaki mempunyai hobi mereka tersendiri namun tidak semua hobi mereka disokong oleh isteri atas beberapa faktor seperti mungkin akan mengabaikan mereka dan anak-anak atau kos hobi yang mahal.

Namun, jika isteri menyokong hobi suami, ia pastinya membahagiakan suami kerana mungkin tidak ramai isteri seperti itu.

Baru-baru in,video yang dikongsikan oleh pelakon Shera Aiyob di TikTok menjadi perhatian ramai dimana dia menyokong apa hobi suaminya, pelakon Zahiril Adzim yang asyik ride bersama rakan-rakan.

Malah, Shera turut menyokong suaminya berbelanja mahal untuk hobinya. Bagaimanapun, perkongsian video itu membuatkan rasa kurang senang di kalangan lelaki.

@sheraaiyobBerapa ramai isteri yang macam ni? Haaa mengaku cepat! 😝♬ original sound – Shera Aiyob

Rata-rata netizen lelaki mengatakan, jika isteri bersikap sedemikian sebenarnya sangat menakutkan. Kata netizen lagi, ianya situasi sangat pelik jika isteri menyokong apa sahaja yang mahu dilakukan oleh suami.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Shera bukan menyokong hobi yang dilakukan oleh suami tetapi seolah memerli dan sememangnya seram jika isteri bersikap sedemikian.

SUMBER: TikTok