Video Tutorial Ayah Ajar Anak Mandi ‘Cara Orang Selangor’ Ini Mengundang Ketawa

Selangor dan masalah air bagai tidak dapat dipisahkan dan baru-baru ini berlaku pula pencemaran yang teruk sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air yang cukup meluas di negeri ini melibatkan lebih 1 juta akaun pengguna.

BACA: Ada ‘Sebab’ Lompat Pagar Asrama, Kisah Pelajar Ini Bakal Buat Anda Sebak

Namun di dalam kesedihan dan kehampaan kerana perkara yang sama sering berulang kembali, muncul pelbagai bahan jenaka di laman sosial berkaitan situasi ini dan salah satunya adalah video seorang ayah yang mengajar anaknya mandi.

Dalam video yang tidak sampai 1 minit itu, si ayah mengajarkan anaknya tutorial mandi cara orang Selangor tak ubah seperti adegan di dalam filem Seniman Bujang Lapuk oleh P. Ramlee.

Ternyata si anak begitu patuh dan taat mendengar kata-kata si bapa. Apakan daya, kilang yang membuang sisa pencemaran bukannya kisah pun pasal rakyat ada masalah, yang penting kerja mereka jalan dan hidup mereka senang lenang.

Bertabahlah wahai warga Selangor. Di saat kesusahan sebegini, bersyukurlah dan berdoalah di atas penganiayaan ini. Sejukkan hati seketika, tengok balik klip pendek P.Ramlee mandi laju-laju

Sementara itu, jika anda nak tahu lebih lanjut tentang lokasi bermulanya pencemaran ini, boleh ikut laporan wartawan Astro Awani ini di sini.

Sehingga kini, kenyataan Air Selangor menyatakan bahawa semua bekalan air akan kembali beroperasi seperti biasa pada 23 Oktober ini.