Video Viral Ini Jadi Perdebatan Hangat Netizen, Lelaki Atau Wanita Yang Salah?

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video dashcam daripada seorang pemandu memaparkan seorang pemandu wanita dikatakan melakukan pusingan U sesuka hati.

Kejadian berlaku jam pagi semalam di percayai di hadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang.

Difahamkan, pemandu wanita bergelar ‘Professor Doktor Madya’ melakukan pusingan U tanpa melihat keadaan keselamatan jalan terlebih dahulu dan hampir bertembung dengan kenderaan lain.

https://twitter.com/Fadzmin_/status/1356523764943515648

Bagaimanapun, pemandu wanita berkenaan menyalahkan pemandu lain itu yang dikatakan menjadi punca kemalangan di tempat kejadian.

Tidak hanya berhenti setakat itu, pemandu wanita tersebut berang dan kemudian melakukan melemparkan kata-kata kesat serta mendoakan pemandu itu dijangkiti virus Covid-19.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan tindakan pemandu wanita berkenaan. Seorang netizen turut mendakwa pemandu wanita itu merupakan pensyarah di salah satu universiti awam.

Pendedahan netizen itu sekaligus membuatkan pemandu wanita berkenaan dikecam kerana memaparkan sikap tidak baik di tempat awam serta mampu mencemarkan nama baik universiti.

Dalam pada itu, timbul perdebatan di kalangan netizen yang biasa menggunakan jalan tersebut mengatakan tiada pihak yang salah kerana kedua-dua lampu isyarat ketika itu hijau.

Namun, ada yang mengatakan selama ini pemandu melakukan pusingan U di jalan tersebut secara haram dan mustahil jika kedua-dua laluan itu hijau dalam masa yang sama.

SUMBER: Twitter