View Chin Mohon Maaf, Rumah Kini Kosong Tanpa Barang & Seller Minta Pulangkan Duit

Beberapa hari berdiam diri selepas bekas isterinya, Shermine mendedahkan kecurangannya dengan pekerja mereka dikenali sebagai Mira, usahawan View Chin akhirnya bersuara.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebook, View Chin membuat permohonan maaf kepada semua serta menyifatkan ini ujian berat buat dirinya.

Menurut View Chin lagi, dia akan memberi kenyataan secepat mungkin serta meminta agar diberi masa untuk perbetulkan keadaan.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya.

“Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin, bagi saya masa untuk perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang menimpa,” tulisnya.

View Chin turut mendedahkan ketika ini dia sedang sibuk menguruskan barangan rumahnya untuk berpindah. Malah, dia juga terpaksa memulangkan semua duit pelanggannya.

“Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu selesaikan seller & semua brand barangan bertanya berkenaan perkara yg telah viral dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali.

“Saya perlu satu persatu menjawab setiap seller dan memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu,” tulisnya.

Dalam pada itu, View Chin mendedahkan apa yang berlaku turut memberi impak pada keluarga malah mengganggu perniagaannya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila bekas isterinya itu mendedahkan bukti mesej dan gambar mendakwa View Chin curang dengan pekerja mereka bernama Mira.