Dikecam teruk oleh netizen susulan tular videonya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemandu, wanita berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf.
Wanita dikenali sebagai Prof Madya Dr Bahariah Khalid itu membuat permohonan maaf berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya malam tadi.
Sebelum ini, pemandu wanita berkenaan didakwa merupakan seorang doktor namun sebaliknya dia adalah staf Universiti Putra Malaysia (UPM).
Terdahulu, tular video yang dikongsikan oleh seorang pemuda memaparkan kereta yang pandunya hampir bertembung dengan kereta dipandu seorang wanita yang membuat pusingan U secara melulu.
Terkejut dengan situasi berkenaan, pemuda berkenaan kemudian membunyikan hon kerana tidak berpuas hati, namun tindakannya itu membuatkan pemandu wanita berkenaan bengang sehingga mengeluarkan kata-kata makian.