Viral Di Twitter, Uncle OKU Gembira Terima Beratus Order Pewangi Kereta

0
3570

Baru-baru ini tular kisah seorang peniaga produk wangian kereta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) gigih bersiaran langsung (live) di Shopee, namun jumlah penonton hanya 7 orang sahaja.

Namun, siapa sangka dek kerana perkongsian seorang pengguna Twitter itu membuatkan penjual tersebut menerima sehingga beratus-ratus tempahan sehingga tak menang tangan.

https://twitter.com/shykinn/status/1383417528106381312

Memetik laporan mStar, penjual bernama Foo Chia Keat itu berkata dia sendiri tidak menyangka perkongsian mengenainya menjadi tular sehingga ramai menghubunginya untuk membeli produk wangian.

“Saya hanya tahu malam tadi (Sabtu malam) sebab ada pelanggan beritahu ‘posting’ itu viral di Twitter. Saya memang terkejut sebab terima beratus-ratus pesanan dalam tempoh 24 jam.

“Sebelum-sebelum ini apabila saya buat ‘live’, viewers tak ramai pun. Macam hari itu hanya 7 atau 8 orang sahaja yang masuk. Semua pesan melalui Shopee.

“Berbeza sangat… Sebelum ini hanya beberapa botol sahaja terjual, tapi kini beratus-ratus. Saya memang seronok dan anggap ini adalah rezeki. Orang kata rezeki takkan salah alamat,” katanya.

Masih berstatus bujang dan tinggal bersama keluarganya di Cheras, penjual berusia 31 tahun itu berkata dia baru dua tahun menjual produk wangian tersebut.

Meskipun seorang OKU, namun Chia Keat berkata kekurangan dirinya itu bukanlah satu penghalang untuk mencari rezeki.

Lebih mengagumkan, pemuda itu juga fasih berbahasa Melayu dan gemar bercakap dalam bahasa kebangsaan ketika bersiaran langsung mempromosikan produk wangian dijualnya.

“Selagi ada kudrat, saya suka berusaha dan takkan putus asa. Tahun lalu saya beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana masalah semput. Tahun ini syukur kesihatan saya baik.

“Sambutan yang diterima ketika ini membuatkan saya lebih bersemangat. Sekarang saya dibantu juga oleh seorang kawan lebih-lebih lagi ketika menerima banyak pesanan ketika ini,” luahnya kepada mStar.

SUMBER: mStar Online