Viral Isu Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Michael Ang Tegur Cermin Diri Sendiri Dulu

0
2680

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut Aidilfitri, ada yang masih sibuk melakukan persiapan untuk membeli baju raya.

Namun, sejak akhir-akhir ini sering kali didengari pembeli berasa tidak puas hati dengan pembelian baju raya yang dibeli secara atas talian. Malah, ada yang meluahkan rasa kecewa apabila baju raya yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah Michael Ang yang menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut. Menerusi perkongsian di Instagram, Michael seolah berpendapat tindakan viralkan perkara itu seolah tidak wajar.

Michael turut mengingatkan mereka di luar sana bahawa pakaian yang diiklankan dipakai oleh model. Ujarnya lagi, material pakaian boleh sahaja dilihat melalui gambar.

Kata Michael lagi, jika membeli secara atas talian terima sahaja dengan apa yang anda dapat dan tukar semula jika tidak puas hati, tidak perlu mengutuk.

 

Dalam pada itu, Michael berkata dia lebih gemar pergi ke butik dan mencuba pakaian terlebih dahulu sebelum membeli.

“Saya masih rasa kalau beli baju kena cuba pakai dan pegang dulu material baru beli. Kalau beli online tu terima la apa yang dapat dan tukar balik kalau tak puas hati. Tak payah nak kutuk-kutuk.

“Melainkan la baju sampai tu kotor ke atau sama sekali bukan apa yang anda order. Tak semua nak diviralkan, kalau benda anda nak viralkan anda semua tak cermin diri sendiri dulu,” tulisya.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Kata netizen, jika memilih untuk membeli baju secara atas talian perlu tawakal dengan barangan yang diterima, melainkan barangan tersebut rosak boleh sahaja kembalikan atau menuntut ganti rugi.

SUMBER: IG Michael Ang