Viral Kes Berebut Abang Angkat, Netizen Hairan Followers IG Gadis Ini Naik Mencanak Lebih 70k

Baru-baru ini tular video sekumpulan gadis ketawa beramai-ramai apabila melihat rakannya memukul seorang perempuan berusia 12 tahun dalam satu insiden berlaku di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya.

Difahamkan, seorang remaja berbaju kuning menarik rambut manggsa sehingga membuatkan dia terduduk sebelum memijak dan menampar kepala mangsa.

Mangsa mendakwa diserang dan dikepung remaja terbabit bersama empat lagi remaja perempuan berusia 12 hingga 15 tahun berdekatan tangga pangsapuri berkenaan.

Mangsa mendakwa dia dituduh mempunyai hubungan dengan abang angkatnya yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Bagaimanapun remaja yang memukul mangsa nafi memukul mangsa kerana cemburu, sebaliknya terdorong dengan rasa geram dan marah.

Susulan video tular itu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa pelik apabila pengikut Instagram remaja berbaju kuning naik mencanak.

Menurut netizen berkenaan, sebelum ini pengkutinya hanya sekitar 6,000 sahaja namun kini sudah melebihi 70k.

Netizen itu turut mempersoalkan mengapa perlu memberi populariti kepada individu tidak sepatutnya atau mungkin sudah menjadi buaya orang Malaysia.

Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mempersoalkan perkara sama. Malah, ada yang mengatakan jangan terkejut jika suatu hari nanti remaja berkenaan akan ditawar untuk mempromosikan produk.

SUMBER: Twitter, Kosmo, Kisah Dunia